Seorang ketua
gangster yang kebuntuan idea untuk kutip wang pelindungan telah mengupah
seorang bisu sebagai wakilnya untuk kutip duit haram.

Maka si bisu a.k.a si gangster bisu
pun mula mengutip wang dan berjaya memperolehi RM50,000. Walaubagaimana
pun, dia menyembunyikan wang tersebut di suatu tempat rahsia. Maka pada
hari yang telah ditetapkan, ketua gangster mengarahkan orang-orangnya
memanggil si bisu. Apabila dipanggil, si bisu itu berpura-pura tidak dapat berkomunikasi dengan mereka. Lalu mereka pergi berjumpa dengan seorang pakar bahasa isyarat.
Gangster : Mana wang tu?
Pakar menunjukkan isyarat kepada si bisu… Sibisu menunjukkan isyarat untuk “Aku tak tahu apa yang mereka katakan.”
Pakar bahasa isyarat memberitahu gangster tersebut. Dan gangster tersebut menghalakan pistol ke arah kepala si bisu.
Gangster : Aku akan tembak kepala kau, bisu…
Sibisu menunjukkan isyarat “Duit
RM50,000 tu aku telah sembunyikan di taman permainan di bawah kerusi
yang ketiga dari pintu masuk.”
Pakar bahasa pun berkata kepada ketua gangster, “Dia tidak tahu dimana wang itu dan kalau kau nak tembak-tembaklah…”
Kah kah kah korang paham-paham je la apakah kesudahan kepada
gangster bisu tu. Malangnya nasib. Tu la siapa suruh nyorokkan duit tu.
Kan orang lain yang akan dapat. Bijak sungguh juru bahasa tu. Sempat
juga berfikir jahat dalam keadaan seperti itu. Tapi kena ingat, ini
hanyalah lawak semata-mata, duit haram dari aktiviti gangster adalah
haram untuk dimakan, dipakai dan diberi kepada anak dan isteri. Semoga
kita dijauhi dari perkara-perkara sebegini. Amin.
No comments:
Post a Comment