pendinding diri dari gangguan jin dan syaitan.. Juga untuk mereka yang sering mengalami gangguan..
Insya'Allah.. semoga kita semua ini dijauhi oleh sebarang gangguan makhluk halus.. Aminnn.
Antara doa-doa penawar :
1. Doa Malaikat Jibril ke atas Rasulullah S.A.W setelah baginda mengadu kerana disihirkan oleh Labid bin Al-A’shom (yahudi) :
بِاسْمِ اللَّهِ أَرْقِيكَ مِنْ كُلِّ
شَيْءٍ يُؤْذِيكَ مِنْ شَرِّ كُلِّ نَفْسٍ أَوْ عَيْنِ حَاسِدٍ اللَّهُ
يَشْفِيكَ بِاسْمِ اللَّهِ أَرْقِيكَ
Maksudnya : “Dengan nama Allah aku
mendinding kamu daripada setiap sesuatu yang menyakiti kamu yang datang
daripada setiap kejahatan jiwa atau mata orang yang hasad (dengki),
semoga Allah menyembuhkan kamu dengan nama Allah aku mendinding kamu.” (Hadis riwayat Imam Muslim dalam Sahihnya)
2. Doa ketika menghadapi sakit atau demam :
بِسْمِ اللَّهِ الْكَبِيرِ أَعُوذُ بِاللَّهِ الْعَظِيمِ مِنْ شَرِّ كُلِّ عِرْقٍ نَعَّارٍ وَمِنْ شَرِّ حَرِّ النَّارِ
Maksudnya : “Dengan nama Allah Yang
Maha Besar, Aku berrlindung daripada kejahatan setiap peluh yang
meruap-ruap dan daripada kejahatan setiap kepanasan api.” (Hadis riwayat Imam Al-Tirmizi dalam Sunannya)
3. Doa ketika menziarahi orang yang sakit :
أَسْأَلُ اللَّهَ الْعَظِيمَ رَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ أَنْ يَشْفِيَكَ
Maksudnya : “Aku bermohon kepada
Allah Yang Maha Agung, Tuhan Yang Memiliki ‘Arasy yang Agung, agar
menyembuhkan kamu (dibaca sebanyak 7 kali).” (Hadis riwayat Imam Abu Daud dalam Sunannya)
اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ مُذْهِبَ الْبَاسِ اشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لَا شَافِيَ إِلَّا أَنْتَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَمًا
Maksudnya : “Ya Allah, tuhan
sekalian manusia, penghilang segala kesusahan, sembuhkanlah kerana
sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penyembuh, tiada sesiapa yang dapat
menyembuhkan (penyakit) melainkan Engkau sahaja yang dapat mengubati dan
menghilangkan sakit.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dalam Sahihnya)
أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّةِ مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّةٍ وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لَامَّةٍ
Maksudnya : “Aku mohon berlindung
dengan kalimah-kalimah Allah (Al-Quran atau asma’ Allah dan sifatNya)
yang sempurna daripada setiap syaitan dan binatang berbisa yang boleh
membunuh serta berlindung daripada setiap pandangan mata yang boleh
mendatangkan kejahatan.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari)
Rujukan : Tafsir Al-Munir – Dr. Wahbah Al-Zuhaili, Sahih Al-Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Abi Daud, Sunan Al-Tirmizi, Fath Al-Bari Syarh Sahih Al-Bukhari, Tuhfah Al-Ahwazi Syarh Sunan Al-Tirmizi.
Disusun oleh : Al-Faqir ilallahi Al-Ghaniy 18 Safar 1431 H, Mohd Juzaili Juhan Al-Azhariy
Khadim Al-‘Ilm wa Al-Sunnah, Dar Al-Hikmah, Kg. Guru Fasa 3, Kangar, Perlis.
No comments:
Post a Comment