Tuesday, March 12, 2013

Kucing Merah Ditemui Di Baram




Kucing merah ditemui di  Baram 
Imej kucing merah yang dirakam di kawasan konsesi pembalakan di Hulu Baram. 
Gambar kecil kucing merah.

 Kuching: Kucing merah atau nama saintifiknya, `pardofelis badia’ yang jarang ditemui di dunia berjaya direkodkan penemuannya di kawasan konsesi pembalakan di Hulu Baram, pedalaman Sarawak.

Imej haiwan liar yang turut dikenali `bay cat’ itu dirakam di kawasan Unit Pengurusan Hutan (FMU) Sela'an Linau yang keluasannya melebihi 56,000 hektar berhampiran Taman Negara Pulong Tau yang turut menjadi Jantung Borneo, membabitkan Malaysia, Kalimantan, Indonesia dan Brunei.
Pengarah Institut Biodiversiti dan Pemuliharaan Alam Sekitar (IBEC), Universiti Malaysia Sarawak, Prof Dr Andrew Alek Tuen, berkata kehadiran haiwan liar itu berjaya dirakam berhampiran banjaran Gunung Murud Kecil yang turut dikenali sebagai kawasan penting bagi hidupan liar di Borneo.


Haiwan terancam

"Imej kucing merah yang turut menjadi endemik di Borneo dirakam di dua lokasi di Gunung Murud Kecil iaitu pada September dan Oktober lalu oleh penyelidik di bawah kendalian IBEC.

"Kucing merah diklasifikasi sebagai terancam oleh Kesatuan Konservasi Dunia (IUCN) dan dilindungi sepenuhnya di Sarawak mengikut Ordinan Perlindungan Hidupan Liar, 1998," katanya dalam satu emel yang dihantar ke BH, semalam.

Alek berkata, memandangkan hanya beberapa kawasan hutan di kawasan berkenaan menjadi habitat lima spesies kucing liar termasuk `hose's civet diplogale hosei’ yang dianggap endemik di Borneo, ia perlu dilindungi.
“Kita bimbang banjaran gunung berkenaan yang jadikan zon perlindungan bagi tujuan pemuliharaan oleh syarikat Samling yang mendapat konsesi pembalakan. Ia tidak diwartakan oleh kerajaan negeri, jadi ia tidak dilindungi mengikut undang-undang,” katanya.

Monday, February 25, 2013

P1 BAWA 4G KE KUCHING


P1 kini di Kuching, Sarawak

Perkhidmatan jalur lebar 4G oleh P1 kini melebarkan sayapnya di Kuching. P1 menyediakan perkhidmatan untuk 3000 isi rumah dan bangunan komersial meliputi beberapa kawasan sekitar Bazar Padungan, Bazar Sekama, Jalan FooChow, dan kawasan Estet Bormill.

Projek pelebaran yang meliputi 60% dari kawasan penduduk Kuching dijangka siap pada pertengahan tahun depan dengan liputan akan dilanjutkan ke kawasan Miri, Sibu dan Bintulu bermula pada September 2013 ini.

Monday, February 18, 2013

Doa Solat Dhuha

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh4uE-SWJnO4JPUFxmaD9e54NVW4j42RXR2WzrI30X9LzrExeplXUeC2p4bKHamqnCcoW2Ci4aoXGqJnQoA6Jbndoek99Ep14mDeyT8J-Vbpy4LezCeBRtvy7_J6XwplIhcKtOV39tk/s1600/solat-dhuha.png

Friday, February 15, 2013

TUGU PERINGATAN

Cerita Lawak Pada suatu hari, seorang doktor pakar jantung meninggal dunia. Untuk mengenang jasanya, keluarganya sepakat untuk membuatkan sebuah tugu peringatan di kuburnya berbentuk jantung. Upacara pengkebumiaan pun berjalan dengan lancar.

Satu bulan kemudian, seorang doktor pakar mata pula meninggal dunia.Seperti yang sudah?, ahli keluarganya sepakat untuk membina sebuah tugu berbentuk mata di kuburnya bagi mengenang jasa? beliau. Upacara pengkebumiaan beliau juga berjalan dengan lancar.

Setelah selesai, para hadirin berangkat pulang, hanya tinggal seorang saja yang masih merenung sendirian di pinggir makam si doktor itu. Salah seorang doktor yang lain melihatnya dan segera menghampirinya.
"Sudahlah, yang berlalu biarlah berlalu. Tak usah engkau fikirkan lagi " kata si doktor.
"Saya tidak tahu apa yang harus saya katakan kepadamu," kata lelaki itu.
"Mengapa pula, mana tahu mungkin saya dapat membantu" jawap si doktor itu.
"Saya sedang memikirkan bagaimana pula upacara pengkebumian saya nanti" kata lelaki itu.
"Mengapa pula ?" tanya doktor tersebut.
"Saya seorang doktor pakar penyakit kelamin" jawap lelaki itu sungul...

Thursday, February 14, 2013

Gambar terkini Ning Baizura mengandung 5 bulan




Baru-baru ini, badan Ning Baizura sudah dilihat jelas ketika beliau membuat persembahan di suatu majlis yang melibatkan media. Namun, Ning masih belum bersedia untuk membuat pengumuman rasmi bahawa dia kini sudah mengandung.

Ini adalah kerana beberapa tahun sebelum ini, dia mengalami masalah komplikasi pada rahimnya yang menyebabkan sedikit gangguan untuk hamil. Namun dia amat bersyukur kerana sedang hamil dan berharap segalanye berjalan lancar. Gambar penuh selepas ini.







 

Wednesday, February 13, 2013

Doa Dari Gangguan Jin Dan Syaitan

Assalammuallaikum... Hari ini saya nak berkongsi satu doa untuk anda.. Doa ini adalah khas untuk
pendinding diri dari gangguan jin dan syaitan.. Juga untuk mereka yang sering mengalami gangguan..
Insya'Allah.. semoga kita semua ini dijauhi oleh sebarang gangguan makhluk halus.. Aminnn.

Antara doa-doa penawar :

1. Doa Malaikat Jibril ke atas Rasulullah S.A.W setelah baginda mengadu kerana disihirkan oleh Labid bin Al-A’shom (yahudi) :

بِاسْمِ اللَّهِ أَرْقِيكَ مِنْ كُلِّ شَيْءٍ يُؤْذِيكَ مِنْ شَرِّ كُلِّ نَفْسٍ أَوْ عَيْنِ حَاسِدٍ اللَّهُ يَشْفِيكَ بِاسْمِ اللَّهِ أَرْقِيكَ

Maksudnya : “Dengan nama Allah aku mendinding kamu daripada setiap sesuatu yang menyakiti kamu yang datang daripada setiap kejahatan jiwa atau mata orang yang hasad (dengki), semoga Allah menyembuhkan kamu dengan nama Allah aku mendinding kamu.”   (Hadis riwayat Imam Muslim dalam Sahihnya)

2. Doa ketika menghadapi sakit atau demam :

بِسْمِ اللَّهِ الْكَبِيرِ أَعُوذُ بِاللَّهِ الْعَظِيمِ مِنْ شَرِّ كُلِّ عِرْقٍ نَعَّارٍ وَمِنْ شَرِّ حَرِّ النَّارِ

Maksudnya : “Dengan nama Allah Yang Maha Besar, Aku berrlindung daripada kejahatan setiap peluh yang meruap-ruap dan daripada kejahatan setiap kepanasan api.”  (Hadis riwayat Imam Al-Tirmizi dalam Sunannya)

3. Doa ketika menziarahi orang yang sakit :

أَسْأَلُ اللَّهَ الْعَظِيمَ رَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ أَنْ يَشْفِيَكَ

Maksudnya : “Aku bermohon kepada Allah Yang Maha Agung, Tuhan Yang Memiliki ‘Arasy yang Agung, agar menyembuhkan kamu (dibaca sebanyak 7 kali).”   (Hadis riwayat Imam Abu Daud dalam Sunannya)

اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ مُذْهِبَ الْبَاسِ اشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لَا شَافِيَ إِلَّا أَنْتَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَمًا

Maksudnya : “Ya Allah, tuhan sekalian manusia, penghilang segala kesusahan, sembuhkanlah kerana sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penyembuh, tiada sesiapa yang dapat menyembuhkan (penyakit) melainkan Engkau sahaja yang dapat mengubati dan menghilangkan sakit.”   (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dalam Sahihnya)

4. Doa mohon berlindung daripada gangguan syaitan dan sekutunya :

أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّةِ مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّةٍ وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لَامَّةٍ

Maksudnya : “Aku mohon berlindung dengan kalimah-kalimah Allah (Al-Quran atau asma’ Allah dan sifatNya) yang sempurna daripada setiap syaitan dan binatang berbisa yang boleh membunuh serta berlindung daripada setiap pandangan mata yang boleh mendatangkan kejahatan.”   (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari)

Rujukan : Tafsir Al-Munir – Dr. Wahbah Al-Zuhaili, Sahih Al-Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Abi Daud, Sunan Al-Tirmizi, Fath Al-Bari Syarh Sahih Al-Bukhari, Tuhfah Al-Ahwazi Syarh Sunan Al-Tirmizi.

Disusun oleh : Al-Faqir ilallahi Al-Ghaniy 18 Safar 1431 H, Mohd Juzaili Juhan Al-Azhariy
Khadim Al-‘Ilm wa Al-Sunnah, Dar Al-Hikmah, Kg. Guru Fasa 3, Kangar, Perlis.

Monday, February 11, 2013

Gangnam Style Penang


Gangnam Style Di Penang Baru-Baru Ini.. Saksikan....

Sunday, February 10, 2013

Bersyukurlah

 http://indraelbekhasi.files.wordpress.com/2012/04/doa.jpg?w=604

Bersyukur pada orang yang menyakitimu kerana dialah orang yang menabahkanmu. Bersyukur pada orang yang tak endahkan kamu kerana dialah yang memupuk kamu berdikari. Bersyukur pada orang yang menjatuhkan kamu kerana dialah yang memperhebatkan abiliti kamu. Bersyukur pada orang yang menyeksa kamu kerana dialah yang menguji kasabaran kamu. Bersyukur dengan segala ujian dariNYA, kerana semuanya meningkatkan iman kamu.

Saturday, February 9, 2013

Segi Tiga Bermuda, Terus Menjadi Misteri


 segi tiga bermuda, segitiga bermuda menurut islam, segitiga bermuda misteri


Bismillahirrahmanirrahim. Dengan nama ALLAH kita mulakan hidup, hanya kepada ALLAH jualah kita menamatkan hidup kita. Pada hari ni, pak cik terpanggil untuk berbicara mengenai segi tiga bermuda dengan korang semua. Ya, sesiapa pun mungkin mengetahui sejarah mengenai segitiga bermuda kan?. Berbagai teori berbagai penceritaan mengenai segi tiga bermuda ni kan. Jadi, post kali ini kita akan mengupas secara umum mengenai segitiga bermuda.

Kawasan Segitiga Bermuda

Kawasan segitiga bermuda boleh diketahui adalah satu cantuman dari 3 titik pertemuan iaitu Florida, Miami dan Puerto Rico. Kawasan ini mula dikenal pasti sebagai titik hitam kepada mana mana anak kapal dan anak kapal terbang apabila insiden pertama yang berlaku pada Christopher Columbus, iaitu penemu negara Amerika. Ketika itu semasa pelayaran, Christopher telah mengalami masalah navigasi dalam pelayarannya, Namun, Christopher selamat dan kawasan tersebut terus diberi The Bermuda Triangle ataupun kawasan segi tiga bermuda.

Segitiga bermuda menurut Islam

Di dalam konteks ini, kita akan membicarakan mengenai bagaimanakah filsafah islam memandang segi tiga bermuda menurut islam. Setelah diamati dari hadis Rasulullah SAW yang menyatakan bahawa jauhi tempat yang menjadi titik pertemuan antara dingin dan panas, jelaslah bahawa kawasan tersebut merupakan markas terbesar syaitan dan sekutunya.
Melihat dari struktur geografi, segi tiga bermuda terletak di tengah kawasan pertembungan aliran sejuk antara Afrika dan Amerika Syarikat. Jadi, jika ingin mengetahui dimanakah kawasan feveret syaitan, cari je kat mana ada pertembungan antara dingin dan panas. Antara contoh adalah di awan, bila mana angin sejuk dan panas sering berpusar membentuk awan. Begitulah keadaannya di segi tiga bermuda.


Satu teori lagi adalah dikemukakan oleh Imam Makrifatullah Al Arsy . Segitiga bermuda menurut islam , beliau menegakkan bahawa disitulah terletaknya sebuah telaga yang diberi nama air Kehidupan. Disaat akhir zaman nanti, Imam Mahdi akan keluar melalui telaga tersebut dengan memakai jubah kebiruan. Kini, Nabi Khidir AS lah yang menjadi penjaga kepada air kehidupan tersebut.

Segi Tiga Bermuda Terus Misteri

Masih difahamkan bahawa terdapat banyak lagi teori yang berkaitan dengan segi tiga bermuda ini. Pada permulaan kepada segi tiga bermuda yang misteri ini adalah penemuan sebuah piramid yang berbentuk tegak di dasar laut. Kajian ini telah dipelopori oleh seorang sarjana barat yang menjalankan kajian terhadap misteri segi tiga bermuda ini. Piramid itu lebih besar dari piramid yang dibina ketika zaman Firaun.
Antara misteri lain adalah, ia sering dikaitkan dengan UFO, penculikan jin, dan sebagainya.

Kesimpulan akhir terhadap segi tiga bermuda.

Ia masih menjadi tanda misteri, masih tak terungkai. Ataupun mungkin sudah terungkai tapi hanya di kalangan ahli yang lebih tahu. Tetapi apa yang pak cik tau dan hasil dari pembacaan pak cik adalah, sebenarnya syaitan dan dajjal mengawal dan mengelilingi lalu membentuk satu pertahanan di kawasan segitiga bermuda itu. Mengapa? Kerana disitu terdapat rahsia alam yang sangat besar, jika terbocor kepada manusia, mereka akan kalah. Mereka tidak mendiami segi tiga bermuda, tetapi menghalang dari manusia mengeksplorasi kawasan tersebut.
Sungguh tinggi perbendahaaran ALLAH.. Subhanallah… Semoga iman kita semua bertambah

Friday, February 8, 2013

Cerita Hantu Karak

''Mak Aziz balik dulu Mak", "Aziz..... Mak kata jangan balik dah malam ni, pagi esok jerla balik dah pukul sembilan ni...".

"Tak boleh Mak Aziz kena balik malam ni juga, banyak kerja kat office tu yang tergendala mak...". "Aziz, besoklah balik , bukan apa mak melarang ni, mak risau kamu balik malam-malam ni pulak tu sesorang, bukan dekat Kubang Kerian ker KL tu......"

"tak apalah Mak, Aziz balik dulu assalammualaikum" lantas Aziz mengucup tangan ibunya dan terus memasuki perut kereta Honda yang baru seminggu dimilikinya......

"emmmmm.... Boring betullah.." rungut Aziz seorang diri lantas menutup gelombang radio ERA setelah boring mendengar Jamal Jamalludin berceloteh.

Dijelingnya jam yang terpahat pada keretanya, detik jam 2 pagi, kini hampir 5 jam Aziz memandu, naik kematu buntutnya. Ditolehnya kiri dan kanan, lebuhraya semangkin lengang mungkin kerana masing-masing sudah sampai ke destinasi yg ditujui setelah seminggu menyambut hari raya korban dikampung

"emmmmm...baru sampai lebuhraya karak..., dah dekat gak ni.." tiba-tiba Azizn terkedu, peluh mula memercik, bulu romanya berdiri, dikepalanya mula berligar-ligar kata-kata temannya " kou kalau balik Kelantan tu kena hati-hati jangan balik malam-malam sangat, bahaya....tambah-tambah lagi area lebuhraya karak tu....kemalangan selalu terjadi sebab jumpa makhluk ghaib......" namun kata-kata temannya itu ditolakya jauh-jauh, didirikan semangatnya

"aaaarghhhh........ngarut jer...mana ader hantu .... sekarang ni zaman internet jer ....sekarang ni..hantuu semua tinggal dlm hutan.." kata Aziz keseorang
mententeramkan hatinya yang tidak tenteram....namun akhirnya tenteram juga setelah Aziz membaca ayat-ayat suci al-quran...

Aziz masih di lebuhraya karak ditekannya pedal minyak seperti biasa, Aziz memang selalu berhati-hati,tiba-tiba, jauh dihadapan, Aziz terpandang kelibat objek putih yang seolah-olah terpacak ditepi jalan, peluh nya mula memercik kembali "hantu ker?"soal hatinya...... "Argh...bukan" dikuatkan semangatnya. Semangkin hampir.......,dan
semangkin jelas pandangan Aziz terhadap objek itu,rupa-rupanya seorang perempuan tua berbaju putih berkain batik dan bertudung putih berdiri ditepi jalan, kelihatan ditangannya menjinjing sebuah baldi hitam. "orang rupanya ingatkan hantu" begitu celupar mulut Aziz berkata-kata, hilang perasaan takut Aziz dan kini diselubungi pula dengan perasan kesihan pula.


Segera Aziz memberhentikan keretanya disisi perempuan tua itu dan mempelawa menumpangkan perempuan tua tersebut....."mak cik nak kemana ni biar saya tumpangkan, makcik naiklah... bahaya sesorang malam-malam ni....... " segera Aziz membuka pintu disebelahnya......tanpa berkata apa-apa perempuan tua tersebut menudingkan jarinya kehadapan menandakan bahawa dia ingin turun dihadapan. Kemudian perempuan tua tersebut memasuki dan terus menutup pintu kereta...."terima kasih nak" kata permpuan tua itu dengan suara yang garau dan langsung tidak memandang muka Aziz sebaliknya memalingkan mukanya keluar tingkap ......perasaan takut Aziz kembali lagi apabila mendengar suara perempuan tua tersebut.......garau sungguh menyeramkam........

"aapaaa....mak cik buat seeeeseorang kat tapi jalan ni, baaaahaaaaayaaaaa mak cik, malam pulak tu"kata aziz terketar-ketar......

"sebenarnya, mak cik pergi cuti darah anak mak cik yang meninggal akibat kemalangan ditempat mak cik berdiri tadi......." Kata perempuan tua itu lagi tetapi masih tidak memandang muka Aziz "apa darahhhhh!!!!!!!!" jerit Aziz terkejut, peluhnya semangkin banyak memercik.....mengeletar anggota badannya tetapi terpaksa Aziz melawan ketakutannya agar dia tidak terbabas memandu kerana terkejut dan akan melibatkan kemalangan pula.......

"yer....anak mak cik mati sewaktu kemalangan pagi tadi, jadi tak baik kita biarkan darah orang yang mati kering begitu saja, nanti jilat di langsuir........"kata perempuan tua itu dengan suaranya yang garau.......semangkin kuat anggota badan Aziz mengeletar......ditolehnya kearah perempuan tua
itu........tetapi perempuan tua itu memalingkan
mukanya......


"burghhhh......burghhhh........burghhhh!!!!!!! !" tetiba baldi yang perempuan tua itu bawa bergerak-gerak lantas mengeluarkan buih berwarna biru dan beansur-ansur bertukar menjadi putih........ burghhhh......burghhhh........burghhhh!!!!!!!! melimpah-limpah buih itu memenuhi ruang depan dalam kereta, Aziz mengeletar tak terlintas dikepalanya utk membaca ayat-ayat suci al-quran kerana terlalu takut "maaaaaaaaak ciiiiiik keeeeenaaaapaaaaa baaaaldi maaaaaaaak cik itu berbuihhhhhhhhhhh"
dengan sekelip mata perempuan tua itu berpaling kearah Aziz.


"hiiiiiiiiii..........hiiiiiiiiiii..........hiiiii iiiiii..........."
mengilai perempuan tua itu lantas berkata.....





" ITULAH KELEBIHAN SABUN BREEZZZZZ !" HAHA

Thursday, February 7, 2013

Kisah Si Gangster Bisu (Serius Lawak!)

Seorang ketua gangster yang kebuntuan idea untuk kutip wang pelindungan telah mengupah seorang bisu sebagai wakilnya untuk kutip duit haram.
  

Maka si bisu a.k.a si gangster bisu pun mula mengutip wang dan berjaya memperolehi RM50,000. Walaubagaimana pun, dia menyembunyikan wang tersebut di suatu tempat rahsia. Maka pada hari yang telah ditetapkan, ketua gangster mengarahkan orang-orangnya memanggil si bisu. Apabila dipanggil, si bisu itu berpura-pura tidak dapat berkomunikasi dengan mereka. Lalu mereka pergi berjumpa dengan seorang pakar bahasa isyarat.

Gangster : Mana wang tu?
Pakar menunjukkan isyarat kepada si bisu… Sibisu menunjukkan isyarat untuk “Aku tak tahu apa yang mereka katakan.”

Pakar bahasa isyarat memberitahu gangster tersebut. Dan gangster tersebut menghalakan pistol ke arah kepala si bisu.

Gangster : Aku akan tembak kepala kau, bisu…

Sibisu menunjukkan isyarat “Duit RM50,000 tu aku telah sembunyikan di taman permainan di bawah kerusi yang ketiga dari pintu masuk.”

Pakar bahasa pun berkata kepada ketua gangster, “Dia tidak tahu dimana wang itu dan kalau kau nak tembak-tembaklah…”

  
Kah kah kah korang paham-paham je la apakah kesudahan kepada gangster bisu tu. Malangnya nasib. Tu la siapa suruh nyorokkan duit tu. Kan orang lain yang akan dapat. Bijak sungguh juru bahasa tu. Sempat juga berfikir jahat dalam keadaan seperti itu. Tapi kena ingat, ini hanyalah lawak semata-mata, duit haram dari aktiviti gangster adalah haram untuk dimakan, dipakai dan diberi kepada anak dan isteri. Semoga kita dijauhi dari perkara-perkara sebegini. Amin.

Wednesday, February 6, 2013

Gambar Awan Pelik Turut Dimuatkan!


 
Berikut merupakan beberapa siri gambar pergerakan awan pelik yang mencetuskan rasa hairan di Malaysia pada ketika ini. Fenomena awan pelik ini sebahagian besarnya berlaku di seluruh kawasan Pantai Barat Sabah. Menurut saksi yang merakamkan imej tersebut, Awan pelik terbentuk pada pagi 12 Jun 2012. Ketika gambar diambil, cuaca stabil tanpa angin dan hujan. Namun begitu, menjelang tengahari, ribut kencang berserta hujan melanda seluruh kawasan Pantai Barat Sabah.
  
Punca kejadian adalah dipercayai daripada taufan yang sedang melanda Filipina. Taufan yang kedua sedang menuju ke arah negara Filipina berkemungkinan besar menjadi penyebab kepada berlakunya kejadian awan pelik di bahagian Pantai Barat Sabah.
 
 

Tuesday, February 5, 2013

‘Fast & Furious 6′ Makin Ganas Ala Grand Theft Auto


Fast & Furious 6

Bagi mereka yang mengikuti perkembangan filem ‘Fast and Furious,’  ini ada berita baik untuk anda semua, di mana pada bulan Mei ini, pihak Universal Pictures bakal menayangkan filem aksi terbaru mereka berjudul ‘Fast & Furious 6 – Super Bowl Trailer Spot.’

Filem yang menampilkan pelakon-pelakon berbakat seperti Vin Diesel, Paul Walker, Dwayne Johnson, Jordana Brewster, Michelle Rodriguez, Luke Evans serta Gina Carano ini bakal menampilkan beberapa kereta hebat seperti Nissan GT-R, Subaru BRZ serta sebuah kereta kebal ala grand theft auto.

Menerusi filem ‘Fast & Furious 6 – Super Bowl Trailer Spot’ ini Dom (Diesel) dan Brian (Walker) bakal menggunakan kereta kebal yang mempunyai bahan letupan berkuasa tinggi serta sebuah kereta perang ala ‘The Road Warrior’ sebagai kenderaan mereka, manakala Hobbs (Johnson) pula bakal menggunakan helikopter dan jet jumbo.

Pasti ramai yang sudah tidak sabar menantikan kemunculan filem ‘Fast and Furios 6′ ini di pawagam berhampiran anda bukan? Kalau begitu, jangan lupa untuk saksikan filem ini bermula 24 Mei akan datang.

Monday, February 4, 2013

Doa Murah Rezeki

Assalammualaikum para sahabat sekalian.. ape khabar. Diharap semuanya berada didalam keadaan
yg sihat alhamdulillah.. hari ini saya ingin berkongsi satu doa yg khas untuk kita bersama..

Doa ini adalah untuk dimurahkan rezki kita. Insya'Allah... Semoga rahmat Allah sentiasa bersama2 kita
semua hendaknya.. Amin Ya Rabbal Alamin...

http://sphotos-b.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/602631_498524640162139_1198458446_n.jpg

WW : Gambar Kahwin SENSASI Dato’ Lee Chong Wei

155897 432906746758900 926510850 n WW : Gambar Kahwin SENSASI Dato Lee Chong Wei

NexPhone – Telefon Pintar Generasi Baru

NexPhone merupakan projek telefon pintar yang boleh digunakan sebagai tablet, komputer riba, mahupun PC. Telefon ini menggunakan platform Android dan dibantu dengan OS Ubuntu untuk Android yang mana menawarkan kebolehan untuk mengubah telefon pintar Android kepada komputer Ubuntu apabila di dock. Dengan sistem ini anda boleh mengakses data, internet connection dan etc telefon pintar anda dengan mudah


 



 

Bagaimana Sebenar-Benarnya Taubat?



Diriwayatkan dari Abdullah bin Mas'ud r.a., bahawa dia mengatakan, Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda :

"Tahukah kamu sekalian, siapakah orang yang benar-benar bertaubat?" Kami menjawab : "ALLAH dan Rasul-Nya lebih tahu."


Nabi Muhammad S.A.W bersabda :

✦ Barang siapa bertaubat sedang dia tidak mempelajari ilmu, maka dia bukanlah orang yang (benar-benar) bertaubat;

✦ dan barang siapa bertaubat sedang dia tidak bertambah tekun ibadahnya, maka dia bukanlah orang yang (benar-benar) bertaubat;

✦ dan barang siapa bertaubat sedang dia tidak berusaha membuat seteru-seterunya rela (kepadanya), maka dia bukanlah orang yang (benar-benar) bertaubat;

✦ dan barang siapa bertaubat sedang dia tidak merubah pakaian dan perhiasannya, maka dia bukanlah orang yang (benar-benar) bertaubat;

✦ dan barang siapa bertaubat sedang dia tidak menggantikan sahabat-sahabatnya, maka dia bukanlah orang yang (benar-benar) bertaubat;

✦ dan barang siapa bertaubat sedang dia tidak melipatkan tilam dan tikarnya, maka dia bukanlah orang yang (benar-benar) bertaubat;

✦ dan barang siapa bertaubat sedang dia tidak menyedekahkan kelebihan dari apa yang ada di tangannya, maka dia bukanlah orang yang (benar-benar) bertaubat;

✦ maka apabila kelakuan-kelakuan ini semua telah nyah dari seorang hamba, barulah dia menjadi orang yang sungguh-sungguh bertaubat...

Sunday, February 3, 2013

Postku yang pertama..

Hye semua.. ape khaba korang yang tengah berblogging tu?? Harap korang semua ok2 n steady2 belaka..
Ini adalah blogpost aku yg pertama kali kat muka bumi nih. Sebenarnye aku nie xde la pndai sgt nak berblogging nie..

Cuma aku buat blog nie, hanya skadar untuk mngisi masa lapang aku yg sunyi.. Bese la kan..
Dari aku xde mende nak buat lebih baik aku berblogging.. Daripda masa yang terbuang bgitu je..

Aku nie bukannye ape.. Tujuan aku hanya untuk berkongsi cerita ngan korang semua.. mana la tau
kot2 ade cerita yg best2 ke ntuk dikongsi.. yea tak??

Zaman skang nie, teknologi memang mnjadi satu fenomena yg besar bagi semua pnduduk dunia.
termasuk la ngan aku skali. Tambah2 lagi dengan gajet2 yg power. nak yg power, duit pown kene la power
ye tak.. huhuhu..

Kalau xde bende2 tu semua, rasenye hidup nie pown rse sunyi jgak kn? Skarang nie pown berblogging jgak
mnjadi tmpat dimana semua org ingin mncari duit lebih.. Yela mne taknye, pengguna internet amat meluas
skang nie.. berbilion2 manusia menggunakan internet sebagai sumber untuk mendapatkan pelbagai maklumat.

Jadi dengan sebab tu, rmai la yg ambil kesempatan nie ntuk berbisness melalui internet... Dan rmai jgak la
yg kene tipu dek pengguna yg x bertanggungjawab... Jadi berhati2 la semasa menggunakan internet niee..

Dan lagi satu.. Kpada hacker2 yg brada kat luar sne nun, yg akan menghack atupun yg terfikir nk menghack
akaun2 org lain, xpayah la... hentikan la kegiatan korang tu,.. xde faedahnye pown.. cube la jdi manusia sket.. Hargailah usaha org lain.. jgan asyik nak sabotaj org jew.. gunakn kemahiran korang tu ntuk tujuan
yg lbih baik..

Oklah, aku rse ckupla stakat nie je.. aku harap kite semua nie mnjadi org yg berguna kpada masyarakat..
Dan kpada blogger2 yg aktif dan yg tgah berblogging nie atau yg tgh terfikir nak berblogging, aku harap
korang suksess dalam ape yg korang buat.. Diharap post aku yg pertama nie tidak la menyinggung perasaan
korang.. yela, aku nie hanye manusia yg biase..

Ok, jumpe lgi di post yg akan datang.. Selamat berblogging dan slamat maju jaya. Peace yo! ;)